Tuesday, November 17, 2026
HomeSUKANDilema Barcelona Di Ambang Kejuaraan

Dilema Barcelona Di Ambang Kejuaraan

BARCELONA – Barcelona hanya memerlukan satu kemenangan lagi untuk mengesahkan kejuaraan La Liga musim ini dalam baki tiga aksi termasuk menentang Espanyol di Stadium RCDE awal pagi esok.

Begitupun, ia tidak bermakna Espanyol akan memberi laluan mudah buat musuh setempat itu memandangkan aksi itu nanti merupakan pertembungan yang digelar Derbi Barceloni.

Lebih memburukkan keadaan apabila bek tengah berpengalaman, Inigo Martinez tidak dapat beraksi disebabkan penggantungan satu perlawanan selepas mengutip kad kuning kelimanya musim ini

Pengendali Barcelona, Hansi Flick juga masih belum pasti dapat menurunkan seorang lagi bek tengah, Pau Cubarsi disebabkan masalah kesihatan.

Situasi itu mungkin memaksa Flick meletakkan kepercayaan kepada bek kanan, Ronald Araujo beraksi sebagai pertahanan tengah untuk bergandingan dengan Alejandro Balde.

“Buat masa ini kami masih menanti laporan daripada pasukan perubatan berhubung tahap kecergasannya (Cubarsi) sebelum saya membuat sebarang keputusan.

“Saya percaya siapa pun yang diturunkan akan memberikan prestasi sehabis baik mereka dalam usaha memenangi perlawanan,” kata Flick.

Sebagai rekod, Barcelona hanya memerlukan satu kemenangan untuk merangkul gelaran La Liga, kejuaraan ketiga mereka musim ini, disebabkan kelebihan tujuh mata ke atas Real Madrid di tangga kedua.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Isi Minyak Guna Suara Pelbagai Bahasa Pertama Di Malaysia

0
Aplikasi mobiliti tempatan, Setel memperkenalkan Voice Fuelling iaitu ciri berkuasa AI yang membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak hanya dengan menggunakan arahan suara. Kini dalam fasa...

CATEGORIES