Wednesday, August 26, 2026
HomePERNIAGAANYazaki Dilantik CEO Baharu Honda Malaysia 1 April lalu

Yazaki Dilantik CEO Baharu Honda Malaysia 1 April lalu

HONDA Malaysia melantik Narushi Yazaki sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu berkuat kuasa 1 April lalu menggantikan Hironobu Yoshimura yang meneraju syarikat itu sejak tiga tahun lalu.

Dalam kenyataan semalam, Honda Malaysia berkata, Yazaki membawa bersama pengalaman beliau selama lebih 25 tahun dengan Honda selepas memegang peranan kepimpinan utama di beberapa negara termasuk Jepun, Thailand dan Amerika Syarikat.

“Sebelum memegang jawatan terkini beliau dalam Honda Malaysia, Yazaki telah berkhidmat dengan operasi pentadbiran korporat di Honda Motor Co Ltd, Tokyo, Jepun,” katanya.

Yazaki berbangga menerima tanggungjawab ini di Honda Malaysia yang disifatkan sebagai pasaran yang mempunyai pertumbuhan kukuh dan sumbangan penting kepada jenama Honda di rantau Asia dan Oceania.

“Saya berhasrat untuk membina asas kukuh yang sudah dibina oleh pemimpin terdahulu dan terus memacu pertumbuhan serta kejayaan Honda Malaysia di pasaran yang berkembang pesat ini,” katanya.

Honda Malaysia turut memaklumkan Yoshimura sudah menggalas tanggungjawab baharu di ibu pejabat Honda di Tokyo berkuat kuasa pada 1 April lalu.

“Yoshimura memainkan peranan utama dalam mengekalkan kedudukan utama Honda Malaysia dalam segmen kenderaan penumpang bukan nasional selama 11 tahun berturut-turut dan berjaya memimpin syarikat menerusi persekitaran pascapandemik yang mencabar.

“Honda Malaysia berterima kasih kepada Yoshimura atas dedikasi dan kepimpinannya, yang sudah berperanan penting dalam kejayaan berterusan syarikat,” katanya.

Sumber – Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tengoklah Ramai Je Nak Bagi, Setakat RM10 Juta Tiada Hal’ –...

0
PETALING JAYA – Tular foto dulang hantaran bersama cek RM10 juta, penerbit, Datuk A. Aida meminta menunggu pengumuman sama ada gambar berkenaan sebagai bayangan...

CATEGORIES