Monday, November 9, 2026
HomeLUAR NEGARA12 Maut Pesawat Terhempas Ke Pantai Caribbean

12 Maut Pesawat Terhempas Ke Pantai Caribbean

TEGUCIGALPA, HONDURAS – Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh selepas sebuah pesawat terhempas di pantai Caribbean, Honduras pada petang kelmarin, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Pesawat dikendalikan oleh syarikat penerbangan Honduras, Lanhsa itu terhempas ke dalam laut selepas seminit berlepas dari pulau Roatan.

Jabatan bomba dan polis Honduras secara berasingan berkata, lima orang telah diselamatkan, manakala seorang masih belum ditemui.

Punca nahas masih belum diketahui tetapi Datuk Bandar Roatan memberitahu media tempatan bahawa ia bukan disebabkan cuaca. Agensi Aeronautik Awam Honduras berkata, siasatan sedang dijalankan.

Pesawat Jetstream 32 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juan Manuel Galvez di pulau tersebut pada pukul 6.18 petang (waktu tempatan). Ia menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Goloson di La Ceiba, tanah besar Honduras.

Pegawai penerbangan awam, Carlos Padilla ketika dipetik oleh agensi berita AFP berkata,  pesawat itu ‘membelok tajam ke kanan landasan dan terhempas ke dalam air’.

Dalam catatan di aplikasi X, angkatan tentera Honduras berkata, mangsa yang terselamat dan cedera dibawa ke hospital di bandar San Pedro Sula menggunakan pesawat tentera udara.

Menurut laporan media tempatan, antara yang maut ialah pemuzik terkenal Honduras, Aurelio Martinez Suazo.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cukup Cergas Untuk Lari Maraton, Tetapi Adakah Jantung Anda Benar-Benar Sihat?

0
PUTRAJAYA – Ramai individu sanggup menghabiskan masa berbulan-bulan untuk membuat persediaan sebelum menyertai maraton, termasuk mengikuti jadual latihan, meningkatkan jarak larian dan menjaga pemakanan. Namun,...

CATEGORIES