Friday, June 5, 2026
HomeBERITAMasuk Thailand Kena Bayar RM39

Masuk Thailand Kena Bayar RM39

BANGKOK – Thailand akan  memperkenalkan cukai pelancongan sebanyak 300 baht (RM39) terhadap pelancong asing menjelang akhir 2025, lapor portal berita Thaiger semalam.

Cukai baharu itu dijangka mencetuskan perdebatan mengenai kesannya terhadap industri pelancongan.

Menteri Pelancongan dan Sukan, Sorawong Thienthong mengesahkan bahawa bayaran itu dijangka berkuat kuasa semasa musim kebanjiran pelancong asing di Thailand, sekiranya  diluluskan dan diterbitkan dalam Warta Diraja menjelang Mac ini.

Cukai itu akan dikenakan kepada semua pelancong asing yang tiba melalui laluan udara. Mereka akan dikenakan bayaran 300 baht setiap seorang.

Pelawat yang masuk melalui jalan darat atau air juga akan dikenakan bayaran tersebut.

Sorawong memberi jaminan bahawa sistem baharu itu akan menawarkan perkhidmatan sehenti bagi menyelaraskan proses pembayaran untuk pengembara asing.

Cukai itu adalah untuk menyediakan insurans hayat dan kemalangan kepada semua pelancong asing yang memasuki Thailand.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Artis Pun Ada Perjuangan Sendiri Yang Tidak Diketahui Ramai’ – Scha...

0
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya berpandangan, masyarakat sering melihat kehidupan selebriti dari sudut luaran semata-mata tanpa menyedari pelbagai cabaran serta tekanan yang...

CATEGORIES