Thursday, June 4, 2026
HomeHIBURAN‘Tak Tergamak Sebut Perkataan B40 Apatah Lagi Menghina’ - Syatilla Melvin

‘Tak Tergamak Sebut Perkataan B40 Apatah Lagi Menghina’ – Syatilla Melvin

PETALING JAYA – Pelakon Syatilla Melvin menegaskan dia tidak akan sesekali menghina taraf hidup seseorang terutama golongan berpendapatan rendah (B40).

Menurut Syatilla atau nama penuhya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 35, perbezaan taraf hidup tidak sepatutnya dijadikan satu bentuk pemikiran dalam kalangan masyarakat.

“Tak tahulah kenapa tetapi untuk saya nak sebut perkataan B40 rasa sangat tidak tergamak, apatah lagi mahu menghina.

“Keluarga dan adik-beradik kita semua dalam golongan itu. Manakala yang sokong bisnes adalah 70 peratus daripada mereka (B40).

“Kenapa ya perlu ada pemikiran ‘kelas kita tidak sama’” katanya dalam satu hantaran Threads.

Katanya persepsi tersebut tidak sepatutnya wujud meski perlu berdepan dengan pelbagai ragam manusia.

“Tidak dinafikanlah memang manusia ada macam-macam perangai.

“Namun pada hujungnya, kita semua sama sahaja. Faham tak maksud saya?” ujarnya.

Sementara dalam ruangan komen, rata-rata netizen sependapat namun kecewa apabila terdapat individu termasuk usahawan sering memainkan sentimen kasta dan taraf hidup ketika menjual produk mereka.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

EPL: Liverpool Sediakan Iraola ‘Hadiah Istimewa’

0
LIVERPOOL – Liverpool dilapor sedang menyiapkan ‘hadiah istimewa’ buat pengendali baharu mereka Andoni Iraola yang dikatakan bakal dilantik dalam tempoh terdekat untuk mengemudi pasukan...

CATEGORIES