Wednesday, July 29, 2026
HomeHIBURANAisyah Aziz Bakal Nikah Lepas Raya

Aisyah Aziz Bakal Nikah Lepas Raya

KUALA LUMPUR – Penyanyi Aisyah Aziz mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya yang dijangka berlangsung selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menurut pemilik nama lengkap Nur Aishah Aziz, 30, itu, dia hanya memohon doa daripada semua pihak agar segala urusan menjelang majlis perkahwinannya berjalan dengan lancar.

“Insya-Allah, mohon semua mendoakan saya. Umur saya sudah sesuai untuk bergelar isteri.

“Majlis akan diadakan dalam tempoh terdekat tapi insya-Allah selepas raya.

“Saya akan kongsikan dengan lebih selepas sah diijabkabul. Saya tak mahu terlalu berkongsi sehingga betul-betul sudah selesai,” katanya ketika ditemui pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39) di sini, baru-baru ini.

Tambah adik kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, calon suaminya bukan dalam kalangan penggiat seni.

“Bakal suami bukan orang industri,” katanya lagi.

Dia bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenai majlis tersebut kepada umum.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kau Ingat Semua Manusia Hidup Bawah Tapak Kaki Kau? – Yuna...

0
KUALA LUMPUR: Pelakon, Yuna Rahim, 31 mengingatkan semua pihak agar tidak mengaplikasikan sistem kedudukan atau hierarki dalam produksi drama atau filem. Kata pemilik nama sebenar...

CATEGORIES