Tuesday, July 28, 2026
HomeBERITARumah Separa Kekal Terbakar Di Felda Sungai Retang

Rumah Separa Kekal Terbakar Di Felda Sungai Retang

JERANTUT – Sebuah rumah separuh kekal musnah dalam kejadian kebakaran di Felda Sungai Retang di sini malam semalam.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran sebuah rumah separuh kekal di Jalan Kelah, Felda Sungai Retang pada pukul 10.02 malam semalam.

“Seramai lima angota dari BBP Jerantut bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan tiba pada pukul 10.35 malam semalam dengan sebuah jentera.

“Setiba di lokasi komander operasi mengesahkan sebuah rumah separuh kekal berukuran mengalami kebakaran hampir 80 peratus dan anggota dari dua balai tersebut segera melakukan penugsan pemadaman,”katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, anggota bomba melakukan tugasan pemadaman mengunakan satu aliran daripada tangki jentera dan menggunakan air pili bomba sejauh 180 meter.

Ujarnya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan

0
SEOUL –  Seorang rakyat Malaysia maut selepas ditikam dalam satu pergaduhan berkumpulan melibatkan 10 warga asing di Daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan,...

CATEGORIES