Wednesday, August 26, 2026
HomePERNIAGAANAgrobank Umum Kemudahan Pembiayaan Untuk Peniaga Bazar Ramadan

Agrobank Umum Kemudahan Pembiayaan Untuk Peniaga Bazar Ramadan

PETALING JAYA – Agrobank mengumumkan Inisiatif Agrobazar Ramadan untuk peniaga bazar Ramadan, yang menawarkan pembiayaan bermula RM1,000 sehingga RM100,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga tujuh tahun.

Ia bertujuan memberikan bantuan kewangan kepada pengusaha merangkumi pelbagai aktiviti perniagaan sepanjang Ramadan kali ini termasuk penjualan lauk-pauk, kuih-muih, pakaian raya, kuih raya, serta pelbagai keperluan lain.

Inisiatif yang berlangsung bermula hari ini sehingga 31 Mac 2025 itu terbuka kepada semua pelanggan baharu dan sedia ada Agrobank yang berminat untuk menceburi dunia perniagaan di bazar Ramadan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, inisiatif berkenaan bertujuan untuk membantu golongan yang berhasrat untuk berniaga di bazar Ramadan dan memerlukan bantuan kewangan.

“Kami turut membantu para peniaga dengan menyediakan kanopi ekskusif Agrobank agar beban persediaan perniagaan mereka dapat diringankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Agrobank menerusi Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) turut bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam mempromosi Kempen Bazar Ramadan Tanpa Tunai 2025.

Kempen itu dirangka khusus dengan kerjasama strategik lima PBT dan PayNet untuk mempromosikan penggunaan kod respons pantas (QR) Agrobank sebagai mod pembayaran utama bagi peniaga-peniaga kecil.

Peniaga bazar Ramadan yang menggunakan DuitNow QR Agrobank sebagai kaedah utama untuk menerima bayaran di 16 tapak bazar Ramadan terpilih berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM40,000.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tengoklah Ramai Je Nak Bagi, Setakat RM10 Juta Tiada Hal’ –...

0
PETALING JAYA – Tular foto dulang hantaran bersama cek RM10 juta, penerbit, Datuk A. Aida meminta menunggu pengumuman sama ada gambar berkenaan sebagai bayangan...

CATEGORIES