Saturday, October 31, 2026
HomeSUKANF1: Hamilton Tidak Mampu Bertahan Lama

F1: Hamilton Tidak Mampu Bertahan Lama

LONDON – Bekas bos Formula 1 (F1), Bernie Ecclestone meramalkan gabungan Lewis Hamilton bersama Ferrari tidak akan bertahan lama dan akan berakhir dengan kegagalan.

Hamilton yang merupakan juara dunia tujuh kali F1 mengejutkan dunia permotoran apabila mengumumkan perpindahan dari Mercedes ke Ferrari bagi musim 2025, menamatkan 12 tahun cemerlangnya bersama pasukan Jerman itu.

Meskipun sudah mula menyesuaikan diri dengan jentera baharunya menerusi sesi ujian bersama Ferrari, Ecclestone tetap skeptikal mengenai masa depan pelumba berusia 40 tahun itu di Scuderia.

“Dia takkan bertahan lama. Piero Ferrari yang membawa dia ke sana, masih percaya mereka telah membuat keputusan yang betul. Saya harap mereka memang betul.

“Saya harap mereka menyesal dengan keputusan itu. Apapun, saya ada teori sendiri. Ia bukan soal umur, tetapi berapa lama seseorang itu mampu melakukan perkara yang sama.

“Saya rasa Lewis (Hamilton) sudah penat. Dia kehilangan motivasi. Jika dia belum pernah menang kejuaraan dunia, mungkin ada dorongan untuk mencapainya. Tetapi, dia sudah ada tujuh (gelaran),” kata Ecclestone.

Selain itu, Ecclestone turut memberi amaran bahawa Hamilton mungkin berdepan cabaran dari dalam pasukan sendiri terutama populariti rakan sepasukannya, Charles Leclerc.

“Pasukan lebih senang dengan Leclerc. Dia bercakap dalam bahasa mereka, jadi sudah tentu mereka akan menjaganya. Walaupun Lewis beraksi dengan baik, dia tetap akan ada ramai ‘musuh’ kerana dia baru sahaja tiba,” tambahnya.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tauliah Sejak 2020’ – PU Riz Sedih Dilabel Tunggang Agama

0
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas dan selebriti, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz, tidak dapat menahan sebak apabila dituduh sebagai penunggang agama serta tidak...

CATEGORIES