Tuesday, August 4, 2026
HomeLUAR NEGARAJordan Dilanda Ribut Pasir Tebal

Jordan Dilanda Ribut Pasir Tebal

AZRAQ, JORDAN – Satu kejadian ribut pasir tebal melanda bandar Azraq, Jordan semalam, yang terletak tidak jauh dengan Israel, lapor laman berita Marca.

Angin kencang mencetuskan debu tebal yang bukan sahaja mengurangkan penglihatan, bahkan mengurangkan kualiti udara di rantau itu.

Berdasarkan Kosmo, ribut pasir tersebut berasal dari kawasan padang pasir di barat daya Syria dan menjejaskan beberapa kawasan bandar termasuk ibu kota Jordan, Amman.

Pihak berkuasa tempatan mengeluarkan beberapa amaran dan saranan kepada penduduk. Ia termasuk mengehadkan aktiviti luar dan memakai topeng muka sebagai langkah perlindungan.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, orang ramai dilihat berlari mencari perlindungan ketika ribut pasir melanda yang membawa debu tebal.

Keadaan sekitar turut bertukar menjadi merah disebabkan fenomena itu, menyebabkan sukar untuk melihat orang ramai yang berlari.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Syed Saddiq Gesa Audit Forensik Pelaburan Bermasalah

0
PETALING JAYA: Pihak berkuasa digesa menjalankan audit forensik terhadap 14 pelaburan Tabung Haji (TH) yang dikenal pasti bermasalah sehingga menyebabkan kemerosotan nilai aset serta...

CATEGORIES