Monday, May 25, 2026
HomeHIBURANShila, Ibu Kini Sudah Berdamai

Shila, Ibu Kini Sudah Berdamai

Bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus mungkin tepat untuk menggambarkan hubungan penyanyi, Shila Amzah dan ibunya, Fauziah Sarman.

Selepas berdepan kemelut kekeluargaan, nampaknya hubungan Shila dan ibunya kembali bertaut selepas Fauziah yang mesra disapa dengan panggilan Mama, hadir majlis akikah anak kedua Shila, Rhea Akira pada Sabtu lalu.

Selain Fauziah, turut kelihatan adalah adik Shila iaitu Syada Amzah dan Syahir Amzah.

Fauziah turut berkongsi gambarnya bersama Shila.

Fauziah turut berkongsi gambarnya bersama Shila.

Perkongsian yang dibuat Fauziah menerusi Insta Stroy miliknya sedikit sebanyak menjadi perhatian ramai selepas hampir setahun mereka tidak bersua selepas berdepan krisis penjualan rumah banglo milik Shila yang didiami keluarganya sebelum ini.

Perbalahan itu menjadi perhatian ramai apabila Shila mendedahkan turut dikasari seorang lagi adiknya dan beberapa isu dalaman yang selama ini menjadi rahsia.

Bagaimanapun ramai yang bersimpati kepada Shila pada ketika itu kerana perlu menjadi tonggak utama keluarga.

Sumber : Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Rakyat Malaysia Terkorban Dalam Tragedi Bangunan Runtuh Di Filipina

0
MANILA – Seorang rakyat Malaysia terkorban dalam satu kejadian runtuhan sebuah hotel setelah sebuah bangunan berdekatan dengannya yang sedang dalam pembinaan runtuh. Kejadian berlaku di...

CATEGORIES