Thursday, October 29, 2026
HomeVIRALRider Grab Ditawar Jadi Penyiasat Persendirian

Rider Grab Ditawar Jadi Penyiasat Persendirian

PETALING JAYA – Seorang ‘rider’ (penghantar barangan) Grab mendedahkan dia menerima satu tawaran untuk melakukan kerja penyiasatan.

Berdasarkan laporan Kosmo, perkara itu didedahkan menerusi perkongsian Facebook Ketuk-Ketuk Ramadan yang memaparkan tangkap layar perbualan seorang wanita bersama ‘rider’ terbabit.

Berdasarkan perbualan tersebut, wanita itu meminta penghantar barangan berkenaan untuk membuat tinjauan ke atas kenderaan suaminya.

“Salam adik, akak nak bagi kerja senang sahaja. Tengok kereta suami akak ada tak di rumah,” katanya.

Bagaimanapun, sama ada permintaan tersebut ditunaikan penghantar barangan terbabit tidak dipastikan.

Sementara itu, menjengah di ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur dengan tawaran yang diterima penghantar barangan berkenaan.

“Idea bagus ini, senang nak pantau selain tambah pendapatan,” kata Musliha.

“Jangan main-main dengan perempuan. Engkau buat je adik, nanti akak bagi upah, masyuk,” ujar Norain.

“Selepas ini ‘rider’ dah boleh tambah dalam resume jadi penyiasat persendirian,” seloroh Ain.

Sumber: Kosmo

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Under’ Restoran Bawah Laut Norway Pertama Di Dunia

0
Bayangkan menikmati hidangan sambil melihat ikan berenang di sebalik tingkap kaca gergasi. Pengalaman luar biasa ini boleh dinikmati di Under, sebuah restoran yang terletak...

CATEGORIES