Tuesday, November 24, 2026
HomeVIRALPenerjun Udara Salah 'Landing' Atas Bumbung Rumah Orang

Penerjun Udara Salah ‘Landing’ Atas Bumbung Rumah Orang

JAKARTA – Seorang anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) mendarat di atas rumah penduduk ketika menjalani latihan payung terjun di deerah Blitar, Jawa Timur Isnin lalu.

Laman berita Suara.com melaporkan, video kejadian dimuat naik dalam akaun Instagram @info_seputaran_blitar.

Kumpulan penerjun udara pada awalnya dilihat menjalani latihan udara.

Beberapa wanita kemudian didengari menjerit meminta seorang penerjun udara berwaspada. Namun, penerjun udara tersebut tersangkut pada kabel elektrik di atas sebuah rumah.

Dia kemudian mendarat di atas bumbung rumah penduduk dengan payung terjunnya tersangkut pada kabel elektrik, lapor Kosmo.

Beberapa penduduk kemudian berlari meminta bantuan.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ujian Mendengar, Bertulis BM Dan BI SPM Pada Hari Sama Tahun...

0
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil pendekatan baharu dengan mengadakan ujian mendengar dan peperiksaan bertulis bagi kertas Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris pada hari...

CATEGORIES