Sunday, September 13, 2026
HomeVIRALNiat Nak Tunjuk 'Sweet' Dekat Media Sosial, Ramai 'Tag' PDRM

Niat Nak Tunjuk ‘Sweet’ Dekat Media Sosial, Ramai ‘Tag’ PDRM

PETALING JAYA – Tindakan satu pasangan memandu sambil berpelukan mengundang amarah orang ramai setelah video mereka tular di aplikasi X, hari ini.

Video berdurasi 32 saat yang dimuat naik itu memaparkan aksi manja satu pasangan yang kononnya ingin menunjukkan kebahagiaan dan kemesraan masing-masing sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, warganet berpendapat, tindakan tidak bertanggungjawab pasangan tersebut boleh membawa bahaya terhadap pengguna jalan raya yang lain, lapor Kosmo.

Meninjau ke ruangan komen, pengguna di aplikasi X tidak melepaskan peluang untuk ‘tag’ Polis Diraja Malaysia (PDRM) di ruangan komen supaya tindakan selanjutnya boleh diambil terhadap pasangan tersebut.

“Ini menyalahi undang-undang! PDRM tolong ambil tindakan,” kata Edmund.

“Macam mana boleh duduk dengan selesa tu?,” kata Adam.

“Walaupun sudah berkahwin, benda-benda macam ini kita tidak boleh tunjuk dekat orang awam. Itu pentingnya belajar ilmu agama,” kata Arman.

Kini, hantaran tersebut telah mendapat 596 tanda suka dan 209,000 tontonan.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kereta Elektrik Menanti Atlet Karate Jika Tuai Emas Di Sukan Asia

0
GANJARAN lumayan berupa kenderaan elektrik (EV) bernilai lebih RM60,000 bakal menanti atlet karate negara sekiranya mereka berjaya menjelmakan kilauan pingat emas pada Sukan Asia...

CATEGORIES