PETALING JAYA – Sebuah rumah yang dipercayai terletak di Kuala Penyu, Sabah, menjadi perhatian ramai ekoran memiliki beranda yang unik, bagaikan di sebuah pusat peranginan.
Bukan itu sahaja, ia juga dipenuhi dengan pelbagai jenis perabot dan barang hiasan cantik yang lazimnya diletakkan di bahagian dalam rumah.
Menerusi perkongsian @zyzy_fazzy di TikTok, rumah yang dimiliki oleh kedua orang tuanya di Kampung Kitang itu sememangnya dibina dengan beranda luas dan dihias cantik tanpa dinding.
“Ni beranda luar rumah. Bukan rumah tak ada dinding. Penggera keselamatan pun ada. Insya-Allah selamat, doa yang baik-baik saja ya,” katanya.
Rata-rata orang ramai teruja dengan perkongsiannya itu, malah turut memuji kediaman berkenaan kelihatan seperti sebuah pusat peranginan.
“Ini bukan beranda, ini lobi hotel. Cantiknya. Semoga saya ada rezeki rumah sendiri, doakan ya,” komen @PAT.
“Seronoknya kalau masa raya lepak santai-santai kat luar rumah ramai-ramai,” ujar @°emah_.
“Beranda dah cantik macam ni. Dalam rumah mesti lagi cantik kan?,” soal seorang lagi pengguna.
“Nampak macam resort dah. Jenis yang suka terbuka ni memang suka betul macam ni. Saya pun suka,” kongsi @aisyah.
Sumber: Kosmo