Johor Bahru: Individu mendakwa anak usahawan kilang jahit pukal warga Kemboja yang tular berikutan kenyataan mendakwa Melayu malas mendedahkan menerima banyak ugutan selepas video kemarahannya tular di media sosial.
Bagaimanapun lelaki dikenali sebagai Ezuan itu mendakwa video di TikTok itu sudah disunting.
Ezuan dalam hantaran di platform X mendakwa, video kemarahannya itu ditujukan kepada bekas pekerja syarikat ibunya dan bukan kepada netizen mahupun masyarakat umum.
“Semalam, sekitar jam 2.30 petang, saya mengesan satu konten yang dimuat naik oleh seorang individu, yang merupakan bekas pekerja di Mariyah Holdings. Beliau memuatnaik konten yang berunsur ugutan terhadap saya, kerana individu tersebut berkata dia akan mendedahkan identiti saya, sebagai pencipta konten untuk ibu saya, Madam Mariyah. Individu tersebut juga telah memaki hamun saya dan juga ibu saya dalam konten tersebut.
Sumber: Harian Metro





