Thursday, June 25, 2026
HomeTRAVELAirAsia Tawar Diskaun Sehingga 99 Peratus Bagi Tambang Menerusi Promosi Semua Tempat...

AirAsia Tawar Diskaun Sehingga 99 Peratus Bagi Tambang Menerusi Promosi Semua Tempat Duduk, Semua Penerbangan

SEPANG, 23 Februari 2026 – AirAsia memulakan tahun ini dengan salah satu promosi terbesarnya, menawarkan diskaun sehingga 99 peratus* bagi semua tempat duduk dan semua penerbangan merentasi rangkaiannya yang luas. Bagi perjalanan yang dirancang atau percutian saat akhir, promosi masa terhad ini memberikan fleksibiliti terbaik kepada para pegembara untuk meneroka lebih banyak destinasi dengan tambang yang lebih berpatutan.

Mulai hari ini hingga 1 Mac 2026, tambang ke semua laluan AirAsia dan AirAsia X dengan kod penerbangan AK & D7 ditawarkan dengan diskaun sehingga 99 peratus* bagi tempoh perjalanan antara 1 Jun 2026 hingga 27 Mac 2027 melalui airasia.com atau aplikasi AirAsia MOVE. Nikmati tawaran hebat ini dengan tambang istimewa untuk percutian anda yang seterusnya!

Ingin merasai kemeriahan suasana bandar? Terbang dengan lebih berpatutan ke Trivandrum, Changsha, Osaka, Sydney dan banyak lagi, termasuk destinasi terbaharu AirAsia X iaitu Tashkent, Istanbul, Bahrain** dan London**. Atau ingin menikmati percutian pantai? Nikmati panorama matahari dan laut dengan menerokai pulau seperti Labuan atau destinasi menarik lain seperti Nha Trang dan Krabi untuk pengalaman percutian tropika yang sempurna.

Sebagai tambahan, nikmati potongan tambahan 10 peratus*** untuk tempahan Value Pack bagi penerbangan AirAsia yang merangkumi hidangan, insurans perjalanan, pemilihan tempat duduk dan banyak lagi.

Sejak penubuhannya 25 tahun lalu, syarikat penerbangan ini telah menerbangkan hampir satu bilion para tetamu ke seluruh dunia dan terus mentakrifkan perjalanan tambang rendah. Menerusi promosi yang meliputi semua laluannya ini, AirAsia sekali lagi membuktikan komitmennya untuk menjadikan perjalanan lebih mampu milik dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ronaldo Belum Berkarat Bantu Portugal Belasah Uzbekistan 5-0

0
HOUSTON – Cristiano Ronaldo menutup mulut pengkritiknya apabila berjaya meledak dua gol selepas membantu Portugal berpesta gol membelasah Uzbekistan 5-0 dalam aksi kedua Kumpulan...

CATEGORIES