Tuesday, August 11, 2026
HomeSUKANTiket Euro 2024 Mulai Dijual Pada 3 Oktober

Tiket Euro 2024 Mulai Dijual Pada 3 Oktober

FRANKFURT, 2 Okt (Bernama-dpa) – Tiket Euro 2024 akan dijual mulai Selasa, dengan kumpulan pertama 1.2 juta tiket untuk perlawanan di Jerman.

Menurut Bernama, harga ditetapkan antara €30 (US$32) bagi tiket termurah peringkat kumpulan, sehingga €2,000 untuk tiket premium bagi perlawanan akhir.

Peminat boleh memesan sehingga empat tiket seorang sehingga 26 Okt dan dikuti jualan loteri memandangkan permintaan dijangkakan melebihi bilangan tiket, menurut Agensi Beria Jerman (dpa).

Satu lagi fasa jualan akan dibuat selepas undian peringkat kumpulan pada 2 Dis di Hamburg, kata Bernama lagi.

Secara keseluruhan, 2.2 juta tiket tersedia untuk peminat bagi kejohanan antara 14 Jun-Julai, 2024, di 10 bandar Jerman yang membabitkan 24 pasukan dan 51 perlawanan.

Tiket hanya boleh dibeli melalui portal badan induk Eropah UEFA dan secara digital, seperti di Piala Dunia 2022 di Qatar.

Sumber: Bernama

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

MITRA Menyalurkan RM6.7 Juta, Perkasa Pendidikan Dan Ekonomi Masyarakat India

0
PUTRAJAYA, 11 Ogos 2026 – Kerajaan MADANI terus memperkukuh agenda pembangunan sosioekonomi masyarakat India dengan jumlah peruntukan sebanyak RM6.7 juta berjaya disalurkan untuk melaksanakan...

CATEGORIES