Saturday, September 12, 2026
HomeSUKANPearly-Thinaah Terpaksa Akur Kalah Tipis Di Separuh Akhir

Pearly-Thinaah Terpaksa Akur Kalah Tipis Di Separuh Akhir

KUALA LUMPUR – Cabaran beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah pada Sukan Olimpik Paris 2024 tersekat di separuh akhir selepas tewas kepada pasangan No.1 dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan.

Pada perlawanan yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena, Paris sebentar tadi, pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu terpaksa akur dengan kekalahan 12-21, 21-18, 15-21 dalam tempoh 78 minit.

Lebih mengecewakan, keputusan itu turut menyaksikan Pearly-Thinaah tidak dapat menebus kekalahan 17-21, 20-22 kepada pasangan tersebut pada aksi peringkat Kumpulan A yang berlangsung minggu lalu.

Meskipun tidak dapat meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir, namun pencapaian pasangan No.12 dunia itu boleh dibanggakan apabila mereka menjadi beregu wanita pertama negara yang berjaya melangkah ke separuh akhir di pentas Olimpik.

Pearly-Thinaah kini menantikan keputusan perlawanan antara satu lagi beregu China, Liu Sheng Shu-Tan Ning menentang Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun bagi mengetahui siapakah lawan mereka pada aksi penentuan pingat gangsa esok.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kereta Elektrik Menanti Atlet Karate Jika Tuai Emas Di Sukan Asia

0
GANJARAN lumayan berupa kenderaan elektrik (EV) bernilai lebih RM60,000 bakal menanti atlet karate negara sekiranya mereka berjaya menjelmakan kilauan pingat emas pada Sukan Asia...

CATEGORIES