Thursday, September 17, 2026
HomeSUKANOsimhen Hampiri Old Trafford

Osimhen Hampiri Old Trafford

MANCHESTER – Manchester United terus dikaitkan dengan penyerang Napoli, Victor Osimhen yang dilihat mampu menyelesaikan masalah ketumpulan jentera serangan mereka pada jendela perpindahan bulan ini.

Ketika prestasi Rasmus Hojlund dan Joshua Zirkzee dianggap tidak memuaskan, The Red Devils dilaporkan sedang mencari penyerang bertaraf dunia yang mampu menjadi pengubah permainan.

Hojlund yang mencatat purata satu gol setiap tiga perlawanan sejak menyertai United, masih belum mencapai tahap yang diharapkan, sementara Zirkzee pula dilaporkan tidak gembira dengan peranannya di Old Trafford.

Zirkzee turut dikatakan sedang mengatur perpindahan pinjaman kembali ke Serie A dengan Juventus, AC Milan dan bekas kelabnya Bologna dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Menurut laporan, United menyasarkan Osimhen untuk mengisi kekosongan tersebut dan penyerang prolifik berusia 25 tahun itu dikatakan bersedia menyarung jersi The Red Devils dengan nilai perpindahannya dianggarkan sekitar £75 juta (RM418.94 juta) pada Januari.

Bagaimanapun, perpindahan itu dilihat sukar direalisasikan ekoran kekangan Peraturan Keuntungan dan Kestabilan (PSR) kecuali mereka berjaya mendapatkan pembeli untuk beberapa pemain mereka yang berada dalam senarai untuk dijual.

Marcus Rashford dilihat sebagai salah satu pilihan yang dimiliki United untuk memastikan mereka mampu membawa masuk Osimhen dengan mendapatkan pembeli sesuai untuk memastikan pemain itu meninggalkan Old Trafford.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Suami Isteri Cedera Rempuh Gajah Di Jalan Jerangau Jabor

0
KEMAMAN - Sepasang suami isteri cedera selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh seekor gajah di Kilometer 160, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Bandar Baru, malam semalam. Dalam...

CATEGORIES