Friday, October 30, 2026
HomeSUKANNL: Ronaldo Membara Buru Jaringan

NL: Ronaldo Membara Buru Jaringan

LISBON – Portugal dijangka terus mempertaruhkan sentuhan kapten, Cristiano Ronaldo bagi merobek pintu gol Denmark menjelang suku akhir pertama Liga Negara-Negara Eropah (NL) di Stadium Parken awal pagi esok.

Meskipun pada usia 40 tahun, namun kehebatan legenda Real Madrid itu tidak boleh dinafikan apabila dia masih menggalas misi penting bagi memburu gol ke-1000 dalam kariernya sebelum menggantung but.

Kehadiran Ronaldo bersama skuad Selecao bukan sahaja mampu menambah sengat jentera serangan Portugal, malah turut menaikkan semangat serta moral rakan sepasukan yang lain

Selain Ronaldo, dua nadi tengah Paris Saint-Germain (PSG), Joao Neves dan Vitinha dijangka mampu menghasilkan gerakan-gerakan berbahaya buat Portugal seperti diharapkan jurulatih, Roberto Martinez.

“Saya sangat gembira dengan aksi mereka berdua bersama PSG sepanjang saingan musim ini dan perlu diingat bahawa mereka merupakan antara pemain tetap dalam kesebelasan utama pasukan kebangsaan.

“Menerusi kepakaran yang dimiliki dua pemain itu, saya percaya ia mampu menambah sengat pasukan. Sudah tentu kami mahukan kemenangan dan membawa pulang bekalan selesa untuk aksi timbal balik,” kata Martinez.

Dalam masa sama, beliau turut memanggil pemain muda Sporting Lisbon berusia 17 tahun, Geovany Quenda yang baru sahaja bersetuju menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea bagi mengisi kekosongan ditinggalkan.

“Dipanggil ke skuad kebangsaan pada usia 17 tahun menunjukkan bahawa dia memiliki potensi cukup besar. Bagi saya, umur hanya angka kerana yang paling penting adalah komitmen serta kerja keras,” ujarnya.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Empat Premis Perniagaan Dikendali Warga Asing Diarah Tutup Di Timur Laut

0
GEORGETOWN – Empat premis perniagaan di daerah Timur Laut, kelmarin, dikenakan tindakan penutupan (seal-off) selepas didapati dikendalikan oleh warga asing. Tindakan itu menerusi Op Tegas...

CATEGORIES