Friday, October 16, 2026
HomeSUKANMukhairi Tekad Julang Red Giants Ke Puncak Liga

Mukhairi Tekad Julang Red Giants Ke Puncak Liga

PEMAIN tengah Selangor FC, Mukhairi Ajmal Mahadi menegaskan beliau dan seluruh pasukan kini bersedia untuk memberikan segalanya dalam misi memburu kejuaraan musim ini, namun memilih untuk bersikap realistik dalam menilai cabaran Liga Malaysia (Liga-M) 2025-2026.

Menurut Mukhairi, impian menjulang piala sememangnya menjadi sasaran utama buat dirinya dan pasukan, namun ia perlu ditempuh secara berperingkat dengan penuh disiplin serta konsistensi sepanjang musim.

“Saya lebih selesa ikut langkah demi langkah. Harapan tetap tinggi, tapi kami perlu lalui setiap perlawanan dengan fokus dan kerja keras.

“Insya-ALLAH, jika konsisten, pasukan mampu meraih trofi,” katanya.

Tambahnya, Selangor bukan satu-satunya pasukan yang memasang impian besar musim ini, sebaliknya semua pasukan dijangka tampil lebih bersedia dan kompetitif menjadikan saingan Liga-M lebih terbuka dan mencabar.

“Kita tahu cabaran pasukan lain sangat kuat, jadi kami kena gandakan usaha, tingkatkan persefahaman dan kekal fokus sepanjang musim.

“Apa yang penting, kami mahu pastikan ada sesuatu untuk dibanggakan di hujung musim nanti,” ujarnya.

Pada masa sama, Mukhairi turut meminta penyokong setia Red Giants agar terus berdiri teguh di belakang pasukan, terutamanya menjelang perlawanan-perlawanan penting yang bakal menentukan hala tuju musim Selangor.

“Sokongan penyokong sangat penting untuk kami. Diharap mereka terus beri dorongan kerana kami akan berjuang habis-habisan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Penuntut Universiti Didakwa Tikam Bekas Teman Wanita, Adik Mangsa Hingga Parah

0
KUALA LUMPUR - Seorang penuntut universiti swasta warga China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan...

CATEGORIES