Thursday, May 14, 2026
HomeSUKANLiverpool, Manchester United, Arsenal Rebut Viktor Gyokeres

Liverpool, Manchester United, Arsenal Rebut Viktor Gyokeres

LIVERPOOL: Liverpool sedia bersaing dengan Manchester United dan Arsenal untuk menandatangani Viktor Gyokeres selepas gagal mendapatkan seorang lagi pemain Sweden, Alexander Isak.

Bos Liverpool, Arne Slot terdesak mahu mendapatkan penyerang berkualiti bagi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan dua pemain Sweden itu berada dalam radarnya.

Namun sasaran utama, Isak, 25, sukar untuk direalisasikan dengan Newcastle meletakkan harga tinggi yang akan memecahkan rekod kelab.

Isak dibayar 130,000 pound (RM750,069) seminggu tetapi Newcastle mahu menaikkan gaji penjaring 27 gol musim lalu itu kepada 200,000 pound (RM1.16 juta) seminggu.

Manakala Gyokeres, yang meledak 97 gol dalam 102 perlawanan sejak tiba di Portugal dari Coventry dua tahun lalu, dinilaikan pada 60 juta pound (RM347.49 juta).

Gyokeres turut berada dalam radar Manchester United tetapi dia mahu beraksi di Liga Juara-Juara Eropah – sesuatu yang tidak mampu ditawarkan skuad kendalian Ruben Amorim.

Arsenal pula menyaksikan bidaannya yang bernilai 55.3 juta pound (RM320.32 juta) ditolak oleh Sporting Lisbon dan dijangka akan membuat tawaran lebih tinggi.

Namun skuad kendalian Mikel Arteta kini berdepan saingan oleh Liverpool. Slot mahu memperkuat barisan hadapannya selepas Darwin Nunez semakin hampir untuk menyertai Napoli.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kasihan, Orang Tak Tahu Kak Jee Ada Asma Yang Teruk’ –...

0
PETALING JAYA – “Orang tak tahu dia ada asma yang teruk. Tapi saya tak tahu kenapa Kak Jee tidak pernah cakap benda ini.” Demikian perkongsian...

CATEGORIES