Sunday, May 31, 2026
HomeSUKANCWC: Chelsea Sahkan Kemaraan Ke Pusingan Kalah Mati

CWC: Chelsea Sahkan Kemaraan Ke Pusingan Kalah Mati

PHILADELPHIA – Chelsea mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati pada saingan Piala Dunia Kelab (CWC) 2025 selaku naib juara Kumpulan D selepas membenam ES Tunis 3-0 di Stadium Lincoln Financial Field pagi semalam.

Meskipun hanya memerlukan keputusan seri, namun The Blues langsung tidak mengendurkan intensiti permainan apabila melakukan asakan sejak minit pertama ke arah kubu pertahanan kelab Tunisia itu.

Kerja keras skuad kendalian Enzo Maresca itu membuahkan hasil apabila mereka berjaya memecah kebuntuan dengan menjaringkan tiga gol menerusi Tosin Adarabioyo, Liam Delap dan Tyrique George.

Lebih menarik, Delap yang menyertai Chelsea dari Ipswich Town awal bulan ini meledak gol pertama buat pasukan baharunya itu menerusi gol yang cukup menarik selepas menerima hantaran daripada Enzo Fernandez.

“Bagi saya, satu perasaan yang cukup hebat dapat menjaringkan gol pertama buat pasukan. Bagaimanapun, apa yang paling penting adalah kami mencatat kemenangan dan melangkah ke pusingan seterusnya.

“Saya tidak percaya dengan sumpahan No.9 dalam pasukan ini kerana ia sekadar angka. Sebagai pemain, saya perlu meletakkan sepenuh keyakinan kepada kemampuan diri dan menolak kepercayaan seperti itu,” kata Delap.

Selaku naib juara kumpulan, Chelsea dijadualkan bertemu Benfica yang merupakan juara Kumpulan C di pusingan 16 terbaik selepas pasukan Portugal itu mengejutkan Bayern Munich dengan kemenangan tipis 1-0.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES