Thursday, March 12, 2026
HomeSUKANLee Zii Jia Kembali Dengan Hantaran Penuh Tanda Tanya

Lee Zii Jia Kembali Dengan Hantaran Penuh Tanda Tanya

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat selepas memuat naik beberapa gambar ilustrasi hitam putih tanpa sebarang kapsyen di laman Instagram miliknya, semalam.

Hantaran berkenaan seolah-olah menyampaikan mesej tersirat, sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dan spekulasi mengenai maksud di sebalik perkongsian itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar Zii Jia terus kuat serta tabah menghadapi apa jua dugaan yang sedang dilaluinya ketika ini.

Antara yang turut memberikan sokongan adalah pemain perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei yang menulis: “will heal everything” sebagai tanda sokongan moral buat Zii Jia.

Hantaran itu setakat ini sudah mendapat 76,000 tanda suka, 1,658 komen dan 8,428 perkongsian.

Pemenang pingat Sukan Olimpik Paris 2024 itu kini sedang menjalani proses pemulihan susulan kecederaan buku lali kanan yang dialaminya sebelum ini.

Zii Jia mengalami kecederaan itu ketika menyertai Jelajah Dunia Akhir BWF pada Disember lalu dan ia kembali berulang di Seluruh England, Mac lalu.

Kecederaan itu memaksanya berehat dan memohon menggunakan perlindungan ranking daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

YKAT Bantu Sathiya Dapat Kaki Palsu, Pencen Bulanan RM500

0
PETALING JAYA – Prihatin dengan nasib pelawak Sathiya, Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) mempertimbangkan untuk menyenaraikan artis veteran itu sebagai antara penerima bantuan pencen...

CATEGORIES