Saturday, May 30, 2026
HomeSUKANKelab Kerdil Portugal Malukan Al-Nassr, Ronaldo Dalam Perlawanan Persahabatan

Kelab Kerdil Portugal Malukan Al-Nassr, Ronaldo Dalam Perlawanan Persahabatan

AMADORA, PORTUGAL: Cristiano Ronaldo dan Joao Felix beraksi ketika Al-Nassr dimalukan pasukan kerdil Portugal, Estrela da Amadora dalam satu perlawanan persahabatan secara tertutup.

Al-Nassr mengalami kekalahan pramusim yang mengecewakan apabila mereka tewas 0-1 kepada Estrela da Amadora, pasukan yang menamatkan saingan di tangga ke-15 Liga Portugal pada musim lalu.

Pemain baharu, Joao Felix, yang baru tiba dari Chelsea, bermain sepanjang 90 minit selepas membuat penampilan sulung menentang Toulouse di mana beliau bermain selama 59 minit.

Cristiano Ronaldo dan Sadio Mane juga turut beraksi pada separuh masa pertama namun mereka gagal menjaringkan sebarang gol pada aksi terbabit.

Jaringan kemenangan Estrela da Amadora dijaringkan oleh Alan Godoy untuk kekalahan pertama selepas dua kemenangan berturut-turut dalam pramusim buat Al-Nassr.

Gergasi dari Arab Saudi itu sebelum ini membelasah SK St Johann 5-2 dan menewaskan Toulouse 2-1 hasil jaringan Ronaldo dan Mohammed Maran.

Al-Nassr bakal berdepan Almeria dalam satu lagi aksi persahabatan musim panas sebelum membuka kempen 2025/26 dengan aksi separuh akhir Piala Super Saudi menentang Al-Ittihad.

Mereka juga dijangka membawa masuk beberapa pemain baharu lagi sebelum saingan liga bermula hujung bulan ini.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES