Friday, October 2, 2026
HomeSUKANEPL: Arsenal Berisiko Hilang Kedudukan

EPL: Arsenal Berisiko Hilang Kedudukan

LONDON – Arsenal berdepan risiko dipintas pasukan lain selepas tewas mengejut 1-2 kepada Bournemouth pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Walaupun masih kekal di tangga kedua liga, namun pasukan-pasukan seperti Manchester City dan Newcastle United berpeluang memintas kedudukan tersebut memandangkan saingan liga masih berbaki tiga perlawanan.

Kapten The Gunners, Martin Odegaard menyifatkan kekalahan itu sebagai keputusan yang sangat mengecewakan, lebih-lebih lagi mereka gagal mengekalkan rentak terbaik di separuh masa kedua.

“Satu keputusan yang sangat mengecewakan kerana kami memulakan perlawanan dengan sangat baik. Kami juga menjaringkan gol pertama perlawanan dan mampu untuk mengawal permainan dengan baik.

“Bagaimanapun, segalanya berubah apabila mereka berjaya menyamakan kedudukan. Kami gagal untuk mencari rentak yang dimahukan dan ia menyebabkan permainan kami huru-hara, aksi separuh masa kedua tidak boleh diterima,” katanya.

Pada perlawanan itu, Arsenal membuka tirai jaringan menerusi pemain tengah, Declan Rice, namun The Cherries bangkit dengan dua gol di separuh masa kedua hasil jaringan Dean Huijsen dan Evanilson.

“Kami perlu melupakan kekalahan ini segera kerana ada perlawanan lebih besar selepas ini. Saya harap semua pemain bersedia kerana pertemuan menentang PSG (Paris Saint-Germain) pasti lebih sukar,” ujar Odegaard.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Piala ASEAN FIFA: FAM Tuntut Penjelasan Perubahan ‘Masa Tambahan’

0
PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berdiam diri apabila mempersoalkan perubahan tempoh masa tambahan ketika aksi Indonesia menentang Bangladesh pada saingan...

CATEGORIES