Sunday, February 15, 2026
HomeSUKANCklamovski Sah Latih Harimau Malaya

Cklamovski Sah Latih Harimau Malaya

KUALA LUMPUR – Bekas pengurus FC Tokyo, Peter Cklamovski dari Australia dilantik sebagai pengendali baharu Harimau Malaya untuk mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2027, Mac depan.

Cklamovski yang kini berusia 46 tahun pernah bekerja selama lebih 15 tahun di bawah pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou ketika mereka bersama-sama mengemudi skuad kebangsaan Australia menjuarai Piala Asia 2015 dan kemudian menjuarai Liga J1 2019 ketika mereka mengemudi kelab Jepun, Yokohama F. Marinos.

“Cklamovski kemudian mengembangkan kariernya sebagai ketua jurulatih apabila dilantik sebagai pengurus kelab Liga J1, Shimizu S-Pulse pada 2020.

“Pada musim 2021, beliau mengambil cabaran untuk menjadi pengurus kelab Liga J2, Montedio Yamagata dan berjaya menyelamatkan kelab tersebut daripada zon penyingkiran, seterusnya bangkit layak ke perlawanan ‘playoff’ ke Liga J1.

“Selepas itu, Cklamovski dilantik pula sebagai pengurus FC Tokyo pada Jun 2023 dan berjaya memberi impak segera menerusi penerapan identiti bola sepak penuh berinspirasi yang menghasilkan kejayaan serta memberikan keterujaan kepada penyokong,” menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Cklamovski hadir ke Malaysia untuk menyediakan satu set staf kejurulatihan yang mantap demi memastikan para pemain yang dipanggil ke kem latihan skuad Harimau Malaya diberi tunjuk ajar yang sebaiknya, sekali gus dapat meningkatkan kemampuan dan kemahiran mereka untuk beraksi di perlawanan peringkat antarabangsa.

Sebagai permulaan, misi utama Cklamovski adalah untuk memastikan skuad Harimau Malaya berjaya mengungguli saingan kelayakan Kumpulan F bagi mencapai sasaran layak ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi, selain memperbaiki ranking FIFA untuk menuju ke kedudukan 100 terbaik dunia.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kementerian Digital Perkukuh Keupayaan AI Sektor Awam Melalui Kerjasama Strategik Dengan...

0
PUTRAJAYA, 12 FEBRUARI 2026 — Kementerian Digital melalui Pejabat Kecerdasan Buatan Nasional (National AI Office-NAIO), hari ini bekerjasama dengan Amazon Web Services (AWS) menerusi...

CATEGORIES