KUALA LUMPUR – Anak syarikat milik penuh Go Hub Capital Bhd, NSS IT Solution Sdn Bhd menerima surat setuju terima daripada Tenang Capital Bhd (TCB) bagi penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan Sistem Tiket Bersepadu Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bernilai RM64.79 juta.
TCB adalah anak syarikat milik penuh KTMB.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu menjelaskan bahawa kontrak itu adalah bagi tempoh lima tahun, bermula pada 1 Oktober 2026 dan tamat pada 30 September 2031.
Menurut syarikat tersebut, kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih syarikat serta anak syarikatnya sepanjang tempoh kontrak.
Sumber – BERNAMA





