Wednesday, October 7, 2026
HomeHIBURAN‘Hilang Pedoman, Budak Sekarang Ingat Jadi Samseng ‘Cool’ Ke?’

‘Hilang Pedoman, Budak Sekarang Ingat Jadi Samseng ‘Cool’ Ke?’

PETALING JAYA – Pelakon Alif Satar meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir remaja hari ini yang tergamak melakukan jenayah sehingga meragut nyawa orang lain.

Alif atau nama lengkapnya Muhammad Alif Mohd Satar, 36, menyifatkan tindakan yang dilakukan golongan muda masa kini sebagai satu petanda bahawa sebahagian masyarakat hilang pedoman hidup.

“Budak-budak sekolah menengah pun tergamak membunuh sekarang. Hilang pedoman.

“Budak-budak zaman sekarang rasa jadi samseng ini ‘cool’ kot?,” katanya dalam Threads.

Dalam hantaran sama, pelantun lagu Cukup Indah itu melahirkan rasa simpati terhadap nasib menimpa keluarga Allahyarham Irene Sofiya yang meninggal dunia yang dipercayai dibunuh di sekolah.

“Sedih saya tengok temubual bapa arwah Irene Sofiya di tempat pengebumian, tak boleh nak bayang perasaan dia waktu ini.

“Semoga Allah permudahkan urusan dia dan aku yakin pembunuh akan mendapat balasan di dunia dan akhirat. Keadilan buat Irene Sofiya,” ujarnya.

Sebelum ini, Irene, 16, ditemukan meninggal dunia dan didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Sabtu lalu.

Susulan kejadian tersebut, tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan, manakala seorang daripada mereka direman selama enam hari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Larian Amal Selebriti ERATV 2027 Bakal Himpunkan 1,000 Peserta

0
KUALA LUMPUR - Larian Amal Selebriti ERATV (LASE) 2027 bakal menghimpunkan kira-kira 1,000 peserta termasuk selebriti tanah air dalam usaha mengumpul dana bagi Tabung...

CATEGORIES