Wednesday, June 24, 2026
HomePERNIAGAANPRIME Bantu Lancarkan Komunikasi Ketika Bencana

PRIME Bantu Lancarkan Komunikasi Ketika Bencana

PUTRAJAYA: Di sebalik cabaran perubahan iklim dan bencana, kerajaan memperkukuhkan kesiapsiagaan sektor komunikasi negara menerusi pelancaran Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME).

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata PRIME dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sebagai sistem komunikasi bersepadu bergerak yang mampu berfungsi dalam apa juga keadaan, terutama ketika berdepan bencana dan gangguan liputan sedia ada.

Katanya, PRIME merupakan sistem komunikasi bersepadu bergerak berasaskan kenderaan yang dilengkapi teknologi satelit, selular, radio dua hala, Wi-Fi dan dron. 

“Sistem PRIME ini berfungsi sebagai sokongan interim komunikasi, membolehkan operasi menyelamat, pengurusan bantuan dan penyampaian maklumat dijalankan secara berkesan bersama agensi-agensi berkaitan.

“Sistem itu juga termasuk di kawasan terpencil atau terjejas liputan bersesuaian dengan slogan PRIME iaitu Ketersambungan Tanpa Batasan,” jelasnya.

Fahmi (tiga kiri) bersama barisan tetamu ketika Majlis Perasmian PRIME, di Ibu Pejabat MCMC, Putrajaya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian PRIME, di sini,hari ini. 

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengerusi Eksekutif MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Terdahulu, Fahmi memberitahu PRIME berkeupayaan memastikan ketersambungan komunikasi yang stabil, fleksibel dan boleh dipercayai ketika operasi bantuan terutamanya apabila liputan komunikasi rangkaian terestrial sedia ada terganggu atau terhad.

“Pelaksanaan PRIME juga memperkukuh kerjasama antara MCMC dengan pelbagai agensi strategik dalam pengurusan bencana dan kecemasan, sekali gus meningkatkan kecekapan tindak balas serta ketahanan komunikasi negara.

“PRIME turut menyokong program jangkauan komuniti seperti Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sebagai hab digital bergerak membolehkan perkhidmatan Internet dipamerkan dan aktiviti komuniti dilaksanakan terus di lokasi sasaran.

“Inisiatif ini menyumbang kepada pembangunan ekosistem komunikasi lebih inklusif dan responsif serta menjadi pemangkin kepada transformasi digital masyarakat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI,” ujarnya lanjut. 

PRIME menyumbang kepada pembangunan ekosistem komunikasi yang lebih inklusif dan responsif.

Beliau juga memberitahu sebagai permulaan, tiga unit PRIME akan dibangunkan secara berperingkat. 

“Unit pertama dilancarkan hari ini akan ditempatkan di Ibu Pejabat MCMC bagi menyokong operasi di Semenanjung Malaysia.

“Dua lagi unit akan disiapkan menjelang akhir 2025 dan ditempatkan di Pejabat MCMC di Sabah dan Sarawak,” jelasnya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ronaldo Belum Berkarat Bantu Portugal Belasah Uzbekistan 5-0

0
HOUSTON – Cristiano Ronaldo menutup mulut pengkritiknya apabila berjaya meledak dua gol selepas membantu Portugal berpesta gol membelasah Uzbekistan 5-0 dalam aksi kedua Kumpulan...

CATEGORIES