Saturday, August 8, 2026
HomePERNIAGAANKadar Dasar Semalaman (OPR) Pada Tiga Peratus.

Kadar Dasar Semalaman (OPR) Pada Tiga Peratus.

PETALING JAYA – Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus.

Menerusi Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan di sini, BNM berkata, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan adalah konsisten dengan penilaian semasa tentang prospek inflasi dan pertumbuhan.

“Ekonomi global mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi daripada jangkaan pada tahun 2024, mencerminkan pertumbuhan sebenar yang lebih baik di ekonomi-ekonomi utama dan perdagangan global yang lebih kukuh.

“Untuk tahun 2025, ekonomi global dijangka mampan dengan keadaan pasaran pekerja yang positif, inflasi yang terus sederhana dan dasar monetari yang kurang ketat.

“Bagi ekonomi Malaysia, pertumbuhan keseluruhan bagi tahun 2024 berada pada kadar yang dijangkakan. Pada masa hadapan, kekukuhan kegiatan ekonomi dijangka berterusan pada tahun 2025, didorong oleh perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan,” katanya.

Mesyuarat MPC BNM seterusnya dijadualkan pada 6 Mac.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Badan Saya Cedera, Koyak Kalau Kena Muka, Habis Herot’ – Shukri...

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Shukri Yahaya tidak serik untuk terus berlakon dalam filem aksi meskipun terpaksa menanggung kecederaan sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital akibat...

CATEGORIES