Wednesday, June 18, 2025
HomePERNIAGAANLeave A Nest Peruntuk RM42.9 Juta untuk Pembangunan Syarikat Pemula di Asia

Leave A Nest Peruntuk RM42.9 Juta untuk Pembangunan Syarikat Pemula di Asia

CYBERJAYA – Leave A Nest Group bakal memperuntukkan dana sehingga AS$10 juta (RM42.9 juta) untuk pemban­gunan syarikat pemula berpotensi di Malaysia dan juga di rantau Asia secara berperingkat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Leave A Nest Group, Dr. Yukihiro Maru berkata, peruntukan tersebut bakal memberi keutamaan bagi menyokong syarikat pemula baharu di negara ini seterusnya menyasarkan kepada wilayah negara Islam dan juga melangkaui ke rantau lain.

Menurut beliau, melalui pengumuman Leave A Nest Malaysia dipilih sebagai ibu pejabat utama Leave A Nest Group di Asia Tenggara, ia bakal memacukan lagi misinya untuk menambah baik ekosistem pembangunan syarikat pemula di rantau ini.

Leave a Nest Group telah ditubuhkan di Jepun pada tahun 2002 dan mempunyai anak syarikat termasuk di Malaysia serta di Singapura, Filipina, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS).

“Kami menjangkakan 50 syarikat pemula akan dibangunkan melalui fasa baharu ini yang mana syarikat tersebut terlibat dalam kategori deeptech, ag­ritech, robotik dan juga yang terbaharu adalah spacetech yang mana kesemua syarikat ber­kenaan akan dibangunkan untuk berjaya meneroka pasaran antarabangsa.

“Melihat kepada kejayaan syarikat pemula di Jepun yang terlibat dalam bidang spacetech, tiga daripada syarikat telah berjaya dalam pelaksanaan IPO (tawaran awam awal) jadi kami ya­kin akan dapat membangunkan syarikat Malaysia dalam bidang berpotensi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar berhubung pengumuman Leave A Nest Malaysia kini diumumkan secara rasmi sebagai ibu pejabat Kumpulan Leave A Nest bagi rantau Asia Tenggara di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Leave a Nest Malaysia, Abdul Hakim Sahidi.

Selain itu, Abdul Hakim me­nerangkan, Leave a Nest Malaysia mengunjurkan pendapatan bagi tahun kewangan 2025 mencecah kepada RM4 juta dipacu oleh pelbagai inisiatif yang sedang dan bakal digerakkan untuk melon­jakkan lagi hasil syarikat.

Menurut beliau, sehingga kini, pendapatan syarikat juga telah melepasi sasaran awal yang dirangka iaitu sebanyak RM2.4 juta berbanding setahun lepas adalah sebanyak RM1.5 juta.

“Tahun depan adalah sambutan ulang tahun syarikat yang ke-12 jadi kami telah merangka pelbagai perkara besar dan pen­ting untuk menggalakkan lagi pertumbuhan syarikat untuk jangka masa panjang,” jelasnya.

Sementara itu, Abdul Hakim menerangkan, sejak tahun 2019, Leave A Nest Malaysia telah memperuntukkan dana sejumlah RM16 juta untuk membangunkan syarikat pemula di negara ini yang mana ia memiliki tiga sayap pelaburannya tersendiri bagi menyokong pembiayaan berkenaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Malaysia Jadi Pengimport Tenaga Dalam Tempoh Lima Tahun

0
KUALA LUMPUR – Malaysia berkemungkinan menjadi pengimport gas asli cecar (LNG) dalam tempoh lima tahun akan datang memandangkan lonjakan permintaan tenaga elektrik di negara...

CATEGORIES