Saturday, August 8, 2026
HomePERNIAGAANHarga Minyak Sawit Berdepan Tekanan Permintaan

Harga Minyak Sawit Berdepan Tekanan Permintaan

PETALING JAYA – Harga minyak sawit mentah (MSM) berdepan risiko penurunan daripada permintaan lebih lemah susulan ketegangan perdagangan yang muncul akibat pengumuman tarif daripada Amerika Syarikat (AS).

Firma penyelidikan pasaran, TA Research berkata, pasaran AS hanya sebahagian kecil daripada eksport minyak sawit Malaysia, mewakili 1.1 peratus tahun lalu berbanding 6.8 peratus pada 2008, yang mengehadkan kesan limpahan daripada gangguan berkaitan tarif.

Pun begitu, sekiranya India dan negara pengimport MSM utama lain membeli lebih banyak kacang soya dari AS sebagai sebahagian daripada rundingan tarif, ia berpotensi mengganggu pasaran minyak makan dari segi permintaan.

“Sekiranya ini berlaku, kami menjangkakan risiko penurunan yang besar pada harga MSM.

“Kami kini mengikuti rapat sebarang perbincangan perdagangan rapat antara AS dan China kerana sebarang kegagalan untuk mencapainya boleh memberi impak yang besar kepada kacang soya dan pasaran komoditi yang lain,” katanya dalam nota kajian hari ini.

Pada penutup dagangan semalam, kontrak niaga hadapan MSM untuk bulan April meningkat RM18 kepada RM4,444 setan, Mei naik RM32 kepada RM4,331 manakala Jun bertambah RM52 kepada RM4,200.

Ia susulan pengumuman Presiden AS, Donald Trump yang menangguhkan pelaksanaan tarif timbal balik selama 90 hari.

Menurut TA Research, pihaknya mengekalkan ramalan harga MSM sebanyak RM3,800/tan untuk 2025, namun melihat beberapa risiko penurunan permintaan dan sentimen yang lebih lemah pada masa hadapan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Badan Saya Cedera, Koyak Kalau Kena Muka, Habis Herot’ – Shukri...

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Shukri Yahaya tidak serik untuk terus berlakon dalam filem aksi meskipun terpaksa menanggung kecederaan sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital akibat...

CATEGORIES