Tuesday, August 11, 2026
HomePERNIAGAAN7-Eleven Lancar Kempen Menarik Buat Keluarga

7-Eleven Lancar Kempen Menarik Buat Keluarga

KUALA LUMPUR: Sempena tayangan perdana filem Stitch yang bakal ditayangkan pada Mei ini, 7-Eleven Malaysia memperkenalkan kempen bertemakan kekeluargaan, Ohana Time : Adventures with Stitch yang akan berlangsung dari 5 Mei hingga 29 Jun 2025.

Kempen ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sambil menikmati pelbagai ganjaran menarik melalui aplikasi mudah alih MY7E.

Mekanisme utama kempen ini melibatkan pengumpulan e-setem melalui aplikasi MY7E.

Pelanggan akan menerima satu e-setem bagi setiap perbelanjaan minimum RM10 dalam satu transaksi resit.

Tambahan, pembelian produk daripada jenama-jenama terpilih yang menyertai program bonus e-setem akan melayakkan pelanggan untuk menerima satu e-setem tambahan.

Setelah berjaya mengumpul sebanyak 15 e-setem, pelanggan berhak untuk menebus satu mangkuk makanan serba guna edisi terhad Stitch secara percuma.

Adventurous Travel dengan 7-Eleven

Bukan itu sahaja, kempen ini juga menawarkan peluang untuk memenangi hadiah menarik lain melalui peraduan Adventurous Travel with 7-Eleven.

Caranya mudah, hanya tambah RM10 lagi dalam satu resit berjumlah RM20 dan isi borang peraduan dengan melampirkan bukti pembelian.

Pelanggan yang bertuah berpeluang memenangi hadiah utama berupa percutian empat hari tiga malam ke Disneyland Hong Kong untuk satu keluarga (dua dewasa dan dua kanak-kanak) berjumlah RM20,000.

Antara hadiah menarik lain yang boleh dimenangi termasuk MAS Asean Pass bernilai RM1,499 untuk tiga pemenang, kad hadiah petrol bernilai RM100 untuk sepuluh pemenang, serta tiket wayang GSC untuk seratus pemenang.

Pelanggan boleh memuat turun aplikasi MY7E sekarang untuk mula mengumpul e-setem dan menebus hadiah eksklusif.

Luangkan masa bersama keluarga sambil nikmati produk 7-Eleven, dan menangi percutian impian ke Disneyland Hong Kong.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Benda Disangka Hancurkan Itulah Dekatkan Kita Pada Allah’ – Yassin Yahya

0
PETALING JAYA – Pernah berdepan pengalaman pahit yang menggemparkan negara, pelawak Yassin Yahya mengakui insiden dilalui menjadi pengajaran untuk memperbaiki diri serta menjaga hubungan...

CATEGORIES