Thursday, March 12, 2026
HomeLUAR NEGARAUK Tarik Balik Barang Kemas, Risiko Organ Rosak

UK Tarik Balik Barang Kemas, Risiko Organ Rosak

LONDON – Pihak berkuasa United Kingdom (UK) mengeluarkan arahan penarikan semula satu set barang kemas tiruan diperbuat dari China selepas dikesan mengandungi bahan kimia berbahaya, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Barang kemas tiruan itu menyerupai jenama mewah, Van Cleef & Arpels. Ia termasuk jam tangan, rantai, gelang dan cincin yang diletakkan di dalam kotak berwarna oren tanpa logo.

Produk diimport dari China itu ditahan di sempadan UK oleh Jabatan Standard Keselamatan  Produk (OPSS) selepas laporan menunjukkan tahap risiko yang serius.

“Barangan ini mendatangkan risiko kesihatan serius kerana kandungan kadmium jauh lebih tinggi daripada had maksimum yang dibenarkan.

“Kadmium berbahaya kepada kesihatan manusia kerana boleh merosakkan organ dan menyebabkan kanser,” kata OPSS dalam satu kenyataan.

Kadmium sering digunakan dalam pelbagai produk kerana mampu meningkatkan kilauan dan warna.

“Pendedahan kepada kadmium untuk jangka masa lama boleh mengakibatkan kerosakan pada buah pinggang dan tulang serta menyebabkan kanser,” demikian menurut kerajaan UK.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

YKAT Bantu Sathiya Dapat Kaki Palsu, Pencen Bulanan RM500

0
PETALING JAYA – Prihatin dengan nasib pelawak Sathiya, Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) mempertimbangkan untuk menyenaraikan artis veteran itu sebagai antara penerima bantuan pencen...

CATEGORIES