Friday, April 17, 2026
HomeHIBURANALI2024 Terus Menerajui Pengiktirafan Muzik Indie Malaysia: Melangkah Hampir ke Pentas Akhir...

ALI2024 Terus Menerajui Pengiktirafan Muzik Indie Malaysia: Melangkah Hampir ke Pentas Akhir Edisi Kelima

Spacerubix, 11 Jun 2025 – Anugerah Lagu Indie 2024 (ALI24) secara rasmi telah mengumumkan senarai Top 15 finalis bagi tiga kategori utama, Pop, Rock dan Hip Hop, menerusi majlis pengumuman eksklusif yang berlangsung di ESI Hub, Spacerubix pada petang tadi.

Kembali dengan edisi kelima, ALI24 kekal sebagai platform penting dalam mengetengahkan bakat baharu dari komuniti muzik indie tempatan. Barisan juri tahun ini menampilkan gabungan dari pelbagai cabang industri muzik, termasuk AG Coco, Irena Taib, Leaism, Loy Ekzan, Luca Sickta, Roshan Jamrock, Prof Madya Dr. Muhammad Sayyid dan Wing Meng.

Mengikut format tahun lalu, Anugerah Lagu Indie tahun ini kembali menawarkan hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM36,000 yang diagihkan kepada pemenang tiga kategori: Pop, Hip Hop, dan Rock Terbaik. Dua anugerah khas, Persembahan Terbaik dan Lagu Indie Terpaling Platinum Carta Indie Kita, turut dipertandingkan, mengekalkan tradisi penghargaan yang sama. Kesemua anugerah ini bukan sahaja memberi pengiktirafan kepada karya berkualiti, malah menjadi pemangkin semangat buat pemuzik indie tempatan untuk terus berkarya.

Dengan jumlah penyertaan sebanyak 630 lagu yang diterima, hanya Top 15 yang berjaya mara ke pentas akhir. Para finalis ini akan membawa semangat, kreativiti dan perjuangan muzik mereka ke Pentas Akhir ALI24 untuk berentap di hadapan barisan juri berpengalaman serta pemerhati industri muzik indie tanah air.

Ahmed Faris Amir, Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie berkata, “Sejak penganjuran sulungnya pada tahun 2020, Anugerah Lagu Indie kekal meraikan dan membuka laluan buat karya dalam dunia muzik indie tanah air, tidak kira genre. Tahun ini, ALI berjaya menerima 630 penyertaan lagu, satu petanda positif terhadap perkembangan dan penerimaan muzik indie di Malaysia dan hanya 15 daripada itu dipilih menjadi finalis di Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2024 yang akan diadakan pada 27 Julai 2025 nanti.”

Jennifer Thompson, Penerbit Eksekutif Bersama Anugerah Lagu Indie berkata, “Anugerah Lagu Indie menilai penyertaan berdasarkan kualiti keseluruhan sesebuah lagu, termasuk keaslian lirik dan muzik. Kesemua lagu yang kami terima telah dinilai oleh barisan juri profesional berdasarkan komponen penilaian sebanyak 70%, dan melalui undian awam di anugerahlaguindie.com.my sebanyak 30%.”

Anugerah Lagu Indie 2024 disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan, Gaya Hidup Rakan Muzik, Rakan Muda dan Radio Rasmi, Rakita 107.9; Rakan-rakan Media yang bersama-sama menyokong semangat Anugerah Lagu Indie, Malaysia Tribune, Medialah, Music Addicts Malaysia, Kaypoh Media, Malaysia Music Scene, Writer’s Daily dan LUAS.

Jangan lupa saksikan Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2024 di YouTube rasmi Anugerah Lagu Indie pada 27 Julai 2024, dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam. Jangan terlepas!
Senarai penuh 15 Finalis Anugerah Lagu Indie 2024 seperti berikut:

 

SENARAI 15 FINALIS ANUGERAH LAGU INDIE 2024

TOP 5 KATEGORI HIP HOP TERBAIK

1. DIFFERENT WORLDS

  • KOMPOSER OLEH: BUBBA D & MAVIIN
  • LIRIK OLEH: BUBBA D
  • ARTIS: BUBBA D

2. SHH SHH

  • KOMPOSER OLEH: MEOREY
  •  LIRIK OLEH: B-HEART
  • ARTIS: B-HEART

3. GOOD DAY

  • KOMPOSER OLEH: FUSION CYPHER HOUSE
  • LIRIK OLEH: FUSION CYPHER HOUSE
  • ARTIS: FUSION CYPHER HOUSE

4. MALAY HOOD

  • KOMPOSER OLEH: BEARBOI
  • LIRIK OLEH: BEARBOI, EMG & EDEN
  • ARTIS: BEARBOI

5. OK-GO

  • KOMPOSER OLEH: PIKABU & GUMMY
  • LIRIK OLEH: PIKABU, TRIGGA, AFIQ, RIEL-G & GUMMY
  • ARTIS: PIKABU

 

TOP 5 KATEGORI POP TERBAIK

1. I GOT A WOMAN

  • KOMPOSER OLEH: REUBBEN CHELVAN & BEN VARIYAN
  • LIRIK OLEH: REUBBEN CHELVAN
  • ARTIS: REUBBEN CHELVAN

2. DEWASA YANG KU IMPIKAN

  • KOMPOSER OLEH: UMAR AKMAL
  • LIRIK OLEH: UMAR AKMAL
  • ARTIS: UMAR AKMAL

3. JANGAN MERAJOK

  • KOMPOSER OLEH: MAX BRANDON
  • LIRIK OLEH: MAX BRANDON
  • ARTIS: MAX BRANDON

4. KE AKHIRNYA

  • KOMPOSER OLEH: FIMIE DON
  • LIRIK OLEH: FIMIE DON
  • ARTIS: FIMIE DON

5. TV SHOW

  • KOMPOSER OLEH: ODELIA TIRZA
  • LIRIK OLEH: ODELIA TIRZA
  • ARTIS: ODELIA TIRZA

 

TOP 5 KATEGORI ROCK TERBAIK

1. BOLA SI ERNIE

  • KOMPOSER OLEH: TEH TARIK SENJA
  • LIRIK OLEH: CAHAYA BIN MOHAMAD SHAFRI
  • ARTIS: TEH TARIK SENJA

2. SENANDUNG (FT. OTAM)

  • KOMPOSER OLEH: MEGAT HAFIDZ, MEGAT FAZLY & MEGAT AIZZAT
  • LIRIK OLEH: MEGAT HAFIDZ, MEGAT FAZLY, MEGAT AIZZAT & OTAM BIN ABDUL RASHID
  • ARTIS: MAFIDZ

3. BIMA SAKTI (FT. DHENALDI SAVIRIO)

  • KOMPOSER OLEH: MUSTIKA SARI
  • LIRIK OLEH: CRAZY GRIZZLY
  • ARTIS: CRAZY GRIZZLY

4. ANATHEMA

  • KOMPOSER OLEH: INVERSION
  • LIRIK OLEH: INVERSION & AIZAD JUNID
  • ARTIS: INVERSION

5. I, SUFFOCATE (FT. AMANDA LOVE & EWAN ROSLAN)

  • KOMPOSER OLEH: AN HONEST MISTAKE
  • LIRIK OLEH: DARREN TEH & AMANDA LOVE
  • ARTIS: AN HONEST MISTAKE

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Global Sumud Flotilla 2.0 Aktifkan ‘Live Tracker

0
PETALING JAYA – Pergerakan Global Sumud Flotilla yang kini dalam perjalanan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza mengumumkan sistem penjejak masa nyata (live tracker) mereka...

CATEGORIES