Thursday, October 1, 2026
HomeLUAR NEGARATrump Ancam China Dengan Tarif Tambahan 50 Peratus

Trump Ancam China Dengan Tarif Tambahan 50 Peratus

Washington: Dalam perkembangan terkini ketegangan perang perdagangan global yang berterusan, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin mengancam untuk mengenakan tarif tambahan 50 peratus ke atas China, selain tarif timbal balik 34 peratus yang diumumkan minggu lalu.

“Semalam, China mengenakan tarif balas sebanyak 34 peratus, selain tarif mereka yang sudah sedia tinggi, halangan bukan monetari, subsidi haram syarikat, dan manipulasi mata wang jangka panjang.

“Walaupun saya sudah memberi amaran bahawa mana-mana negara yang membalas tindakan AS dengan mengeluarkan tarif tambahan, selain daripada penyalahgunaan jangka panjang mereka terhadap negara kami, akan segera dikenakan tarif baharu yang jauh lebih tinggi,” kata Trump menerusi media sosial.

Beliau memberi amaran bahawa sekiranya China tidak menarik balik kenaikan tarif 34 peratus itu sebelum 8 April, beliau akan melaksanakan tarif tambahan 50 peratus, lapor Anadolu Ajansi (AA).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Zul Huzaimy Sanggup Tambah Duit Sendiri, Jaga Harga Pelakon Otai

0
KUALA LUMPUR – Kekangan bajet menyebabkan pengarah juga aktor, Zul Huzaimy terpaksa mengetepikan rakan seperjuangan dalam kalangan pelakon senior daripada karya arahannya kerana enggan...

CATEGORIES