Wednesday, June 18, 2025
HomeLUAR NEGARARemaja Hilang Ditarik Ombak Ketika Asyik Bergambar di Kedung Tumpang

Remaja Hilang Ditarik Ombak Ketika Asyik Bergambar di Kedung Tumpang

TULUNGAGUNG – Detik gembira seorang remaja lelaki yang mahu mengambil gambar berlatarbelakangkan pantai bertukar duka apabila dia diheret ombak sebelum ‘menghilang’ pada akhir minggu lalu.

Rakaman video memaparkan mangsa dikenali sebagai Rony Josua Simanjuntak, 20, turut menjadi tular di media sosial.

Jurucakap pasukan penyelamat, Nanang Pujo berkata, sebanyak tiga unit dikerahkan untuk terlibat operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak dua hari lalu di sekitar Pantai Kedung Tumpang, Tulungagung, Jawa Timur.

“Operasi tersebut berdepan cabaran seperti ombak besar dan kawasan terumbu karang. Pasukan darat terus memantau dari atas tebing jika jasad mangsa mungkin timbul semula,” ujarnya.

Sementara itu, jurucakap pihak berkuasa, Iptu Bambang Kurniawan memberitahu, Rony bersama 16 rakannya dari Kampung Inggris Kediri berkunjung ke Pantai Kedung Tumpang pada Ahad lalu.

“Mangsa sempat mengambil beberapa swafoto di pinggir tebing sebelum diseret ombak ke tengah laut dan terkapai-kapai sebelum hilang ‘ditelan’ laut.

“Rakan-rakannya tidak berani untuk membantu kerana gelombang agak besar pada masa itu. Tragedi itu turut dirakamkan kamera temannya,” jelasnya.

Difahamkan, rancangan seterusnya operasi SAR bakal diputuskan berdasarkan faktor cuaca.

Sumber – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Malaysia Jadi Pengimport Tenaga Dalam Tempoh Lima Tahun

0
KUALA LUMPUR – Malaysia berkemungkinan menjadi pengimport gas asli cecar (LNG) dalam tempoh lima tahun akan datang memandangkan lonjakan permintaan tenaga elektrik di negara...

CATEGORIES