Wednesday, June 18, 2025
HomeBERITAPengawal Keselamatan Maut Dirempuh Myvi Di Kemaman

Pengawal Keselamatan Maut Dirempuh Myvi Di Kemaman

KEMAMAN – Seorang pengawal keselamatan maut selepas motosikal dinaikinya dirempuh sebuah kereta terlibat kemalangan di Kilometer 109 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Labohan, Kerteh di sini malam tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 7.05 malam itu, mangsa, Muhammad Azroy Muahmad Hairi, 36, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, Muhammad Azroy dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Batu Putih, Kerteh di sini.

“Kemalangan bermula dengan sebuah kereta Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 19 tahun hilang kawalan lalu berpusing apabila dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta Honda City.

“Kereta Perodua Myvi tersebut kemudiannya merempuh motosikal jenis Honda EX5 dinaiki mangsa yang sedang berada di bahu jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, impak rempuhan itu menyebabkan Muhammad Azroy tercampak ke dalam longkang berhampiran.

Tambah beliau, pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan lelaki tersebut telah meninggal dunia dan mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk tindakan lanjut.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Malaysia Jadi Pengimport Tenaga Dalam Tempoh Lima Tahun

0
KUALA LUMPUR – Malaysia berkemungkinan menjadi pengimport gas asli cecar (LNG) dalam tempoh lima tahun akan datang memandangkan lonjakan permintaan tenaga elektrik di negara...

CATEGORIES