Saturday, April 11, 2026
HomeLUAR NEGARARakyat Amerika Diminta Tinggalkan Asia Barat Segera

Rakyat Amerika Diminta Tinggalkan Asia Barat Segera

WASHINGTON – Amerika Syarikat(AS) semalam menggesa rakyatnya meninggalkan seluruh rantau Asia Barat termasuk  Mesir kerana ancaman keselamatan selepas AS dan Israel menyerang Iran.

“Jabatan Negara menggesa rakyat Amerika untuk BERANGKAT SEKARANG dari negara-negara terbabit menggunakan pengangkutan komersial tersedia, disebabkan risiko keselamatan  serius,” kata penolong setiausaha negara bagi hal ehwal konsulat,  Mora Namdar di laman X, sambil menyenaraikan 14 negara.

Negara berkenaan termasuk  Bahrain, Mesir, Iran, Iraq, Israel dan wilayah Palestin,  Jordan, Kuwait, Lebanon, Oman, Qatar, Arab Saudi, Syria, Emiriah Arab Bersatu dan Yemen.

Buat masa ini,  rakyat AS  diminta menggunakan pengangkutan komersial, walaupun banyak  penerbangan terjejas teruk di sebaha.

Nasihat itu termasuk Mesir, negara paling ramai penduduk di rantau itu. Hubungan Kaherah dan Tehran Iran tegang selama bertahun-tahun, namun Mesir hanya mengalami sedikit impak sejak AS dan  dan Israel menyerang Iran Sabtu lepas.

Nasihat Jabatan Negara itu menyenaraikan semua monarki Arab  di rantau Teluk yang selama ini berbangga dengan kestabilan dan memasarkan negara mereka sebagai hab komersial serta pengangkutan yang selamat.

Namun, Iran telah menembak dron dan peluru berpandu ke negara-negara itu sebagai tindak balas kepada penempatan tentera AS di wilayah mereka.

Sumber – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Terima Kasih Daddy, Awak Sentiasa Di Sisi – Watie

0
PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib, Watie Hanafiah bersyukur dikurniakan pasangan hidup yang banyak membantunya sepanjang tempoh menjaga anak mereka, Akira...

CATEGORIES