Sunday, April 19, 2026
HomeLUAR NEGARAPasukan Paranormal Diusir Hantu Keluar Dari Biara

Pasukan Paranormal Diusir Hantu Keluar Dari Biara

LONDON –  Sebuah pasukan paranormal terkejut apabila anggota-anggotanya mendengar suara didakwa hantu, meminta mereka keluar dari sebuah biara yang dibina pada tahun 1800-an dekat Birmingham, baru-baru ini, lapor portal berita Daily Star.

Salah seorang pemburu hantu itu, Tony Ferguson berkata, banyak kejadian aneh berlaku yang menyebabkan sebilangan mereka meninggalkan bangunan tersebut.

“Ini adalah kali pertama (kami) ‘ditegur’ oleh hantu dan adalah mengejutkan bangunan itu adalah sebuah biara,” katanya.

Bangunan itu pernah menempatkan lebih 250 biarawati dan dianggap  bangunan paling berpuaka di Malvern, Worcestershire. Ia  ditutup pada pertengahan  tahun 1980-an apabila bilangan biarawati semakin berkurangan.

Ferguson berkata:  “Semasa kami  berada di ruang  bawah tanah, kami semua mendengar bunyi seretan.

“Kami memulakan penyiasatan tetapi terkejut apabila mendengar  bunyi ketukan kuat dan  suara tanpa badan  memberitahu kami supaya ‘keluar’ (dari bangunan ini).

Pengalaman menyeramkan kumpulan itu dirakam dalam satu klip video.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Walau Hanya Game Atau Berlakon, Kita Kena Letakkan Sempadan’

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Intan Ladyana menolak tanggapan mempertahankan tindakan suaminya, Harris Alif yang terkait dengan dakwaan ‘microcheating’ atau mesra dengan wanita lain dalam...

CATEGORIES