MANCHESTER: Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Manchester di United Kingdom telah pulih semula selepas mengalami gangguan bekalan elektrik.
Penerbangan di Terminal 1 dan 2 kini disambung semula secara berperingkat.
Sebelum ini, perkhidmatan di lapangan terbang tersebut terjejas sepanjang hari.
Gangguan bekalan elektrik menyebabkan pembatalan penerbangan dari Terminal 1 dan 2 di Manchester.
Beberapa penerbangan yang tiba juga terpaksa dialihkan ke lapangan terbang lain.
Selain itu, beberapa pesawat yang mendarat di Manchester perlu menunggu beberapa jam sebelum penumpang dibenarkan untuk turun. – REUTERS
Sumber: Buletin TV3





