Saturday, June 13, 2026
HomeLUAR NEGARALapan maut, Tiga Cedera Selepas Taufan Man-yi Landa Filipina

Lapan maut, Tiga Cedera Selepas Taufan Man-yi Landa Filipina

HANOI – Taufan Man-yi meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa dan mencederakan tiga yang lain selepas ia melanda Filipina hujung minggu lepas, menurut pihak berkuasa, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Taufan itu melanda Pulau Catanduanes pada Sabtu malam (16 November) sebelum bergerak ke Pulau Luzon pada petang Ahad (17 November), menyebabkan banjir teruk dan tanah runtuh di sepanjang laluannya.

Presiden Ferdinand Marcos Jr memberi jaminan kepada orang ramai bahawa operasi menyelamat sedang dijalankan di kawasan-kawasan terpencil dan berjanji untuk memberikan bantuan kepada penduduk yang terjejas, ramai di antaranya kekurangan peralatan untuk menyediakan makanan dan sukar mendapatkan bekalan air bersih.

Di Catanduanes, pegawai memberi amaran bahawa gangguan bekalan elektrik mungkin berlarutan selama berbulan-bulan akibat kerosakan meluas pada tiang utiliti.

Beberapa wilayah di Filipina telah mengisytiharkan darurat bencana akibat kerosakan yang teruk. Foto AFP
Beberapa wilayah di Filipina telah mengisytiharkan darurat bencana akibat kerosakan yang teruk. Foto AFP

 

Sementara itu, di Baler, sebuah bandar pesisir pantai di Wilayah Aurora, pihak berkuasa tempatan dan penduduk bekerjasama membersihkan pokok tumbang, serpihan, serta jalan dan laluan air yang tersekat.

Taufan Man-yi mula mereda dengan ketara ketika melintasi kawasan berbukit di Luzon, menurun kepada tekanan tropika sebelum melintasi Laut Timur dan bergerak ke arah Vietnam pada Isnin.

Sepanjang beberapa minggu lepas, Filipina telah dilanda lima taufan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 163 nyawa, mengakibatkan ribuan orang terpaksa berpindah dan memusnahkan tanaman serta ternakan.

Beberapa wilayah telah mengisytiharkan darurat bencana akibat kerosakan yang teruk.

Sumber – Bernama-VNA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘7 Tahun Tak Kerja, Saya Tak Nak Susahkan Isteri-Isteri’

0
KUALA LUMPUR – Tujuh tahun tidak aktif dalam industri seni dan hiburan dengan segala wang simpanan telah habis digunakan, penghibur versatil Salih Yaacob mengakui...

CATEGORIES