Thursday, March 12, 2026
HomeLUAR NEGARAKetibaan Ratusan Pelarian Rohingya Tidak Diterima Penduduk Aceh

Ketibaan Ratusan Pelarian Rohingya Tidak Diterima Penduduk Aceh

BANDA ACEH  –  Sejumlah pendatang tanpa izin terdiri daripada beratus-ratus etnik Rohingya masih berada di tepi pantai Ulee Madon, Muara Batu, Aceh Utara malam tadi, lapor portal berita Serambinews.com.

Kumpulan pelarian itu tiba pada pukul 7.30 pagi (waktu tempatan) semalam dengan menggunakan sebuah kapal kayu selepas kedatangan mereka tidak diterima oleh penduduk di Jangka, Bireuen, utara Aceh.

Namun, ketika mendarat di pantai Ulee Madon, sejumlah penduduk tempatan sempat memberikan nasi bungkus serta air mineral dan meminta pendatang tanpa izin berkenaan menaiki semula kapal mereka.

Sebahagian penduduk tempatan kemudian membuat laluan bertali bagi membolehkan kumpulan imigran tersebut menggunakannya ketika mereka bergerak untuk menaiki kapal semula.

Namun,  sebelum semua mereka sempat naik ke atas kepal itu, sebilangan etnik Rohingya yang sudah berada di dalamnya terjun kembali ke laut dan berlari menuju ke pantai dengan  ada yang duduk lesu serta berbaring.

Terdapat juga penduduk sekitar yang sanggup menyerahkan pakaian dan makanan kepada mereka.

Sebelum ini, ketibaan pelarian itu tidak diterima oleh penduduk di Bireuen menyebabkan mereka bergerak ke pantai Ulee Madon.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Buat Lagu Raya, Kena Ikut Peredaran Zaman, Trend Semasa’ – AC...

0
KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon Datuk AC Mizal meminta orang ramai berlapang dada menerima perubahan dalam penghasilan karya kreatif terutama lagu raya ketika...

CATEGORIES