Tuesday, August 4, 2026
HomeLUAR NEGARAKakitangan Kerajaan Di Perancis Tidak Dibenarkan Guna Whatsapp

Kakitangan Kerajaan Di Perancis Tidak Dibenarkan Guna Whatsapp

PARIS  – Kakitangan kerajaan Perancis secara rasmi dilarang menggunakan WhatsApp, Telegram, Signal dan aplikasi mesej lain untuk tujuan komunikasi dalaman berkuat kuasa 8 Disember ini, lapor portal berita RT semalam.

Menurut notis mengenainya daripada Perdana Menteri, Elisabeth Borne yang didedahkan badan penyiaran Perancis, BFMTV,  larangan itu adalah kerana kelemahan keselamatan pada semua aplikasi tersebut.

Anggota Kabinet sebaliknya digalak menggunakan aplikasi mesej  tempatan, Olvid. Aplikasi Perancis itu tidak memerlukan kad SIM atau nombor telefon daripada penggunanya.

Olvid juga  dikatakan lebih privasi  dan selamat berbanding pesaingnya. Ia adalah satu-satunya platform pemesejan yang menerima sijil keselamatan Agensi Kebangsaan Perancis untuk Keselamatan Sistem Maklumat (ANSSI).

Satu lagi aplikasi pemesejan Perancis, Tchap juga dibenarkan digunakan oleh kakitangan kerajaan negara itu.

Peraturan itu menyerupai polisi tentera Switzerland yang mengarahkan askar-askarnya berhenti menggunakan tiga aplikasi pemesejan popular tersebut pada tahun lalu.

Ia sebaliknya mengarahkan anggota-anggota tentera menggunakan Threema iaitu  perkhidmatan pemesejan yang dibangunkan di Switzerland untuk perbualan rasmi dan peribadi.

Pada Mac lalu, Menteri Perkhidmatan Awam, Stanislas Guerini mengumumkan bahawa TikTok dan aplikasi  serupa dengannya seperti X  serta Instagram dilarang dalam telefon kerajaan kerana risiko keselamatan.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Syed Saddiq Gesa Audit Forensik Pelaburan Bermasalah

0
PETALING JAYA: Pihak berkuasa digesa menjalankan audit forensik terhadap 14 pelaburan Tabung Haji (TH) yang dikenal pasti bermasalah sehingga menyebabkan kemerosotan nilai aset serta...

CATEGORIES