Friday, October 23, 2026
HomeLUAR NEGARAHotel Popular Pilihan Jemaah Umrah Malaysia Di Makkah Terbakar

Hotel Popular Pilihan Jemaah Umrah Malaysia Di Makkah Terbakar

KUALA LUMPUR: Sebuah hotel yang sering menjadi pilihan umat Islam Asia Tenggara, termasuk Malaysia di Makkah, dilaporkan terbakar, semalam.

BH difahamkan, Hotel Mira Ayjad yang terletak di Ayjad itu terbakar dalam satu kejadian petang semalam.

Menerusi video yang beredar di laman sosial, api dilihat menjulang tinggi membakar bangunan berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini belum dimaklumkan kejadian itu turut membabitkan mangsa dalam kalangan jemaah umrah termasuk Malaysia.

BH juga sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada Wisma Putra berhubung kejadian berkenaan.

Sementara itu, di laman media sosial seperti Threads pelbagai reaksi dikongsi susulan kebakaran Hotel Mira Ayjad.

Antaranya seorang jemaah Indonesia dikenali sebagai Prayaudityoryan, berkata beliau yang menginap di hotel itu sempat dipindahkan sebelum api lebih marak berlaku.

Seorang lagi pengguna Threads dikenali Ustaz Mekah pula berkongsi video suasana gempar di jalan utama berhadapan hotel yang sedang terbakar itu.

Ada dalam kalangan jemaah umrah lain turut berkongsi kepulan asap hitam menyelubungi di satu bahagian di kawasan Makkah.

Sementara itu, ramai penduduk Malaysia yang pernah menginap di hotel berkenaan turut memberi reaksi berduka berhubung kejadian kebakaran itu.

Namun, rata-rata kalangan mereka turut berdoa supaya kejadian berkenaan tidak meragut sebarang jiwa atau mendatangkan kecelakaan yang menyayat hati.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

TuJu Perlu Mantap, Bagi Meyakinkan Untuk Tarik Pengguna Tempatan

0
KUALA LUMPUR – Aplikasi navigasi tempatan, TuJu, perlu membuktikan keupayaannya dari segi ketepatan arah, kelancaran penggunaan dan kecekapan sistem sebelum dapat menjadi pilihan utama...

CATEGORIES