Monday, November 9, 2026
HomeLUAR NEGARABom Meletup Di Narathiwat, Thailand

Bom Meletup Di Narathiwat, Thailand

BANGKOK – Sebutir bom meletup di kawasan parkir lori sampah di wilayah Narathiwat, selatan Thailand, lapor portal berita Bangkok Post semalam.

Kejadian berlaku sekitar pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan) berhampiran pejabat majlis perbandaran di daerah Rueso.

Menurut pihak berkuasa, letupan kuat itu menyebabkan beberapa lori dan struktur lain di sekitarnya terbakar.

“Anggota-anggota bomba bersama tiga jentera dikerah ke tempat kejadian untuk memadamkan api yang marak.

“Tiada laporan kecederaan atau kematian setakat ini,” kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan.

Menurutnya, siasatan kejadian itu sedang giat dijalankan.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cukup Cergas Untuk Lari Maraton, Tetapi Adakah Jantung Anda Benar-Benar Sihat?

0
PUTRAJAYA – Ramai individu sanggup menghabiskan masa berbulan-bulan untuk membuat persediaan sebelum menyertai maraton, termasuk mengikuti jadual latihan, meningkatkan jarak larian dan menjaga pemakanan. Namun,...

CATEGORIES