Tuesday, December 9, 2025
HomeLUAR NEGARABanduan Duduk Penjara Sampai Gemuk Sehingga Terpaksa Dibebaskan

Banduan Duduk Penjara Sampai Gemuk Sehingga Terpaksa Dibebaskan

ROM, ITALI – Seorang banduan di Itali yang menjalani hukuman penjara 30 tahun atas kesalahan membunuh teman wanitanya dibebaskan selepas hakim memutuskan bahawa makanan di penjara membuatkan dia menjadi obes, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Pada 2017, Dimitri Fricano ditahan kerana membunuh teman wanitanya, Erika sebelum dijatuhi hukuman penjara pada 2022.

Ketika hukuman dijatuhkan, Fricano mempunyai berat badan 120 kilogram, namun selepas 12 bulan, berat badannya bertambah menjadi 200 kg.

Disebabkan dia sukar berjalan di penjara tanpa menggunakan tongkat atau kerusi roda, mahkamah memutuskan bahawa keadaan pusat tahanan itu tidak sesuai untuk dirinya kerana mustahil Fricano dapat  mengambil diet rendah kalori.

“Dia memerlukan bantuan yang tiada dalam institusi ini (penjara),” kata panel hakim sambil menambah, Fricano tidak boleh terus dibiarkan di penjara kerana masalah obesiti dan tabiat merokok yang menyebabkan dia berisiko tinggi untuk  mati awal.

Fricano akan menjalani baki hukumannya di bawah tahanan rumah di sebuah bandar berhampiran Biella, namun  keputusan mahkamah menimbulkan kemarahan keluarga Erika.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Dilabel ‘Prof Kangkung’ Gila Jawatan, MUAFAKAT Saman Rita Rudaini

0
KUALA LUMPUR – Tidak lagi berdiam diri, dua tokoh akademik nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon, Rita Rudaini, selepas dakwaan fitnah berlarutan beberapa bulan...

CATEGORIES