Wednesday, May 20, 2026
HomeLUAR NEGARAAustralia Akan Iktiraf Negara Palestin Di PBB September Ini

Australia Akan Iktiraf Negara Palestin Di PBB September Ini

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, mengumumkan bahawa negaranya akan secara rasmi mengiktiraf negara Palestin pada sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dijadual berlangsung September ini.

Langkah bersejarah ini menjadikan Australia antara negara Barat yang menyertai United Kingdom, Perancis dan Kanada dalam menyokong penubuhan negara Palestin, di tengah krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza.

Dalam sidang media di Canberra, Albanese menegaskan bahawa keputusan itu dibuat selepas menerima komitmen rasmi daripada Pihak Berkuasa Palestin.

“Australia akan mengiktiraf hak rakyat Palestin untuk memiliki negara mereka sendiri, berdasarkan komitmen yang telah kami terima daripada pihak Palestin,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa Australia akan bekerjasama dengan komuniti antarabangsa untuk merealisasikan penyelesaian dua negara, yang disifatkan sebagai “harapan terbaik untuk memecahkan kitaran keganasan di Asia Barat.”

Pengiktirafan ini menerima kritikan keras daripada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang menyifatkan langkah tersebut sebagai “memalukan” dan “ganjil secara diplomatik.”

“Ia tidak masuk akal bagaimana pemimpin dunia boleh menyokong sesuatu yang akan membawa kepada perang, bukan keamanan,” katanya dalam kenyataan rasmi.

Sementara itu, tinjauan pendapat oleh DemosAU menunjukkan sokongan rakyat Australia terhadap pengiktirafan negara Palestin semakin meningkat, dengan 45 peratus responden menyokong langkah itu sebelum perjanjian damai dimeterai.

Sumber: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Autotune’ Bukan Mencacatkan Tetapi Mencantikkan – Kmy Kimo

0
PETALING JAYA: Ketika penggunaan teknik pelarasan suara, ‘autotune’ masih diperdebatkan dalam industri muzik, penyanyi dan komposer, Kmy Kmo berpendapat bahawa teknik tersebut memainkan peranan...

CATEGORIES